CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, November 23, 2013

Jadual Pembayaran Gaji 2014

Tarikh- tarikh penting untuk semua kakitangan kerajaan/ penjawat awam untuk tahun 2014. :)



Thursday, October 17, 2013

Takwim Persekolahan 2014

Takwim yang ditunggu- tunggu..
Boleh la start plan untuk tahun depan..
=)




Thursday, December 13, 2012

Malaysia Kalah :(


Perlawanan Separuh Akhir Piala AFF 2012.

~Thailand vs Malaysia~



Sakit hati tengok bola malam nih. First half dah nampak referee berat sebelah. Banyak kena kad kuning. Dan paling teruk, player Malaysia, Mohd Fadhli kena kad merah. Tiba- tiba je referee tu bagi kad kuning (2 kad kuning = 1 kad merah). Macam tak patut je. Memang ramai cakap referee tak adil.


Masuk second half, Malaysia ketinggalan 2-0 sampai masa tamat. Sedih Malaysia tak boleh masuk final.. :(

Sunday, December 02, 2012

MasterChef Malaysia 2

As my expectation from beginning, Izyan jadi pemenang Masterchef 2~!!
Seriously, aku tengok dari awal- awal lagi dah tau dia akan menang. 1st thing sebab aku tengok dia punya job tu - geologist. So macam boleh agak dia ada dia punya planning n strategy untuk menang. (err..ada kaitan ke?) Hehe..

credits : BH online

Congrats to her~ ;)


Thursday, November 15, 2012

Dreams Come True~

Hari ni dah masuk pertengahan bulan November. Maknanya ada lagi sebulan setengah untuk menutup tirai tahun 2012. Alhamdulillah, tahun ni banyak benda yang ku hajati masa akhir tahun lepas dah ku capai. In the wish list, I hoped to have my own camera, iPhone, bayar duit kereta Kancil, vacation to Beijing and kahwin! Rasa sangat- sangat bersyukur coz aku dah berjaya capai 3 daripada 5 hajat aku tu. ^_^

iPhone 4S



iPhone ni actually salah satu hantaran kahwin..n last minit jugak beli. Kalo ikut plan asal, iPhone ni tak termasuk pun dalam hantaran. Tapi disebabkan nak bagi cukup 7 hantaran, so letak la jugak as hantaran.. =)

Bayar balance duit kereta Kancil

Alhamdulillah kereta Kancil tu ada yang nak beli. Disebabkan aku posting ke Sarawak, so aku rasa tak de fungsi sangat pun kalo aku simpan je kereta tu kat rumah. So dalam bulan 4 aku decide untuk jual terus kereta tu n beli kereta baru kat Sibu. Tapi tak beli terus pun kereta kat Sibu. Plan asal nak beli Myvi Extreme kaler kuning tu lepas cuti pertengahan tahun. Tapi... Kita hanya merancang, Allah yang menentukan segala- galanya. My hubby dapat offer kerja di Halliburton kat Labuan. Masa bulan 6 tu aku dah siap booking da kereta Myvi tu. N last2 minit hubby cakap cancel booking tu n beli kereta kat Labuan since harga kereta Honda City kat Labuan lebih kurang dengan harga Myvi Extreme kat Sibu. Masa tu dia baru tau dia kena kerja di Labuan, bukan di Kemaman. So, tak jadi beli Myvi, tapi beli Honda City. Tapi kereta tu hubby yang guna. N kereta Vios dia dipos ke Sibu. Sekarang ni aku guna kereta Vios, hubby guna kereta Honda City. Fair n square. Hehe.. :p


Kahwin! =)

Ok. Part ni pun, tak ikut perancangan awal. Kalau ikut plan asal, aku pilih tarikh 12.11.12 untuk akad nikah. Tapiiii... Since aku dah dipostingkan ke Sarawak n incik Arif dah risau awek dia (masa tu la!kekeke) dikebas orang, so dia nak cepatkan tarikh perkahwinan tu. Akad nikah masa bulan Mac, cuti pertengahan semester (16 Mac 2012) dan resepsi masa cuti pertengahan tahun (31 Mei n 2 Jun 2012). Dan aku sangat bersyukur dengan ketentuan Allah. Mungkin rezeki kahwin kami, Arif dapat interview dari Halliburton sehari sebelum akad nikah (15 Jun 2012), dan selepas majlis akad nikah (dalam bulan April), hubby dapat offer kerja di DOSH which is under goverment. Dan rezeki datang lagi, sebulan selepas bekerja di DOSH tu, hubby dapat pula offer kerja di Halliburton (yang dia pergi interview sebelum akad nikah tu). Bersyukur sangat- sangat.

Cerita pasal kahwin ni, disebabkan hubby dah masuk kerja dalam bidang oil & gas, so memang banyak la pengorbanannya. Salah satunya, dari segi cuti. Cuti my hubby memang tak menentu. Walaupun ada peruntukan cuti 14 hari setahun (eh, ke 7 hari je ek?lupe da.huhu), tapi dia still tak boleh ambil cuti sewenang-wenangnya. Kalau banyak kerja time tu, so tak boleh ambil cuti. N kami hampir- hampir tak beraya sekali masa Aidilfitri tu disebabkan bos hubby cakap time tu banyak projek sedangkan tak de langsung projek yang masuk. N disebabkan susahnya hubby nak dapat cuti bila kerja di Halliburton ni, buat aku terfikir balik betapa Maha Mengetahuinya Allah SWT. Dia sajalah yang dapat menentukan semuanya. Maksudnya di sini, kalau aku still  berkeras untuk ikut plan asal aku untuk kahwin 12.11.12 tu, pendek kata, gigit jari jelah yang aku dapat. N mungkin tahun depan belum tentu aku dapat nikah coz kerja di Halliburton tu susah nak dapat cuti. Tambah- tambah lagi bila nanti incik Arif kena pergi offshore. Lagiii la susah nak plan pape. Huhu..

N tentang kahwin awal ni, mungkin ramai yang cakap aku kahwin sebab nak cepat dapat tukar ke Semenanjung. For me, kahwin tu just a ticket untuk transfer n tak de jaminan apa- apa. Kat sekolah aku tu ada 4 orang cikgu yang dah 4 tahun mengajar kat situ dan sudah berkahwin. Tapi still tak boleh transfer lagi. So, kalo orang cakap 'ni mesti nak cepat tukar nih', aku boleh senyum jela. Tak de maknanya kalau kahwin tu untuk pindah semata- mata.

Seriously, kalau aku tak kahwin bulan 3 hari tu, alamatnya tak tahulah bila aku boleh kahwin. Huhu..



Ada dua lagi yang tak dapat. Kamera tu, aku tak beli lagi coz fikir boleh guna camera iPhone. Lagipun gambar guna iPhone tu tak de la teruk sangat. N untuk ke Beijing tu, buat masa sekarang aku tak plan pape lagi. Since aku dah ada suami, semestinya aku nak pergi ngan hubby. Pergi honeymoon terus. :D Tapi, macam aku cakap kat atas, incik hubby susah nak dapat cuti. So buat masa sekarang tak boleh nak plan pape lagi. Kang plan awal- awal, tup- tup masa nak pergi tu incik hubby kena pergi offshore. Tak ke naya namanya tu. Huhu..

Pape pun, for da next year I just wish to have a baby. Doa- doakan ye.
^_~

Related Posts with Thumbnails